Thursday, November 29, 2012

Tentang Roket Angkasa

SPUTNIK milik kerajaan Rusia adalah roket satelit pertama di dunia yang dilancarkan ke angkasa lepas. Ia dilancarkan pada 1957. Sejak itu, beribu-ribu roket telah dilancarkan ke angkasa.




                                                Struktur roket Atlas II AS

Jika enjin kenderaan biasa boleh bergerak hasil kombinasi bahan bakar dengan oksigen, enjin roket pula berlainan sedikit.

Memandangkan enjin roket berfungsi di ruang angkasa yang tidak mempunyai oksigen, roket perlu membawa bersama-samanya oksigen.

Enjin roket dihidupkan menerusi pembakaran bahan bakar cecair atau pekat.

Untuk pengetahuan anda, kenderaan roket perlu mencecah kelajuan sekitar 29,000 kilometer sejam untuk mencapai ke kawasan orbit beraltitud rendah dan kemudiannya perlu memecut sehingga 40,000 kilometer sejam untuk melepasi kawasan graviti bumi.

Kemampuan roket ini memerlukan bertan-tan bahan bakar.
Sejak 1957, roket Atlas milik Amerika Syarikat telah melancarkan lebih kurang 100 misi angkasa lepas tanpa angkasawan, termasuklah pengembaraan ke Bulan, misi Pioneer yang terbang melepasi planet Jupiter dan Venus dan juga 'Voyager' yang mendarat di planet Marikh.

Yang terkini ialah Atlas IIAS yang berjaya dalam misi angkasanya antara Disember 1993 hingga April 1999.Roket ini mempunyai ketinggian 45 meter.

Roket ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu:

* Atlas - peringkat melancarkan roket ke angkasa. Bahagian ini dihidupkan oleh enjin bakar cecair dan juga empat boosters bahan bakar (liquid boosters).

Bahagian ini kemudiannya akan terpisah selepas peringkat tertentu pelancaran dilakukan dan kemudiannya, bahagian beban muatan akan dibawa ke orbit oleh peringkat Centaur.

(catatan: Rujuk sisipan Estidotmy Edisi 12 yang diterbitkan pada 29 Januari 2003 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai struktur roket angkasa lepas Atlas)ent

No comments:

Post a Comment